RINGKASAN PROGRAM UTAMA


PAMERAN KERJAYA / SESI TEMUDUGA TERBUKA ( Walk In Interview)
Dikendalikan oleh syarikat-syarikat besar terutamanya syarikat multinasional atau mereka yang berminat untuk mempromosi  peluang-peluang kerjaya yang ada di organisasi  masing-masing kepada para peserta yang terlibat.

CERAMAH PELUANG KERJAYA
Syarikat-syarikat yang berminat untuk berkongsi maklumat kerjaya boleh mengambil peluang dalam slot ini dan para graduan yang mahu mencuba juga boleh menghadiri program ini. Selain, bagi pelajar yang ingin berkecimpung dalam bidang keusahawanan juga boleh melibatkan diri dalam program ini.

CERAMAH MOTIVASI  KERJAYA/ USAHAWAN
Dalam sesi ini, para pelajar didedahkan dengan satu peluang kerjaya lagi iaitu untuk terlibat dalam bidang keusahawanan yang menjanjikan pulangan yang lumayan sekiranya mereka gisih dan rajin berusaha untuk memajukan diri. Perkongsiaan pengalaman dengan usahawan yang berjaya di samping mendengar tips-tips daripada mereka agar dapat dijadikan panduan.

SESI PERKONGSIAN PENGALAMAN ALUMNI UMP    
Satu perkongsian  dengan alumni UMP tentang pengalaman mereka semasa masih lagi bergelar pelajar serta berkongsi pengalaman dan cabaran yang mereka tempuhi untuk berjaya.

UJIAN PERSONALITI KERJAYA
Mahasiswa dan mahasisiwi melalui ujian yang sesuai untuk mengetahui bidang dan minat kerjaya yang sesuai dengan personaliti dan tahap kelulusan seseorang. Cohtoh ujian yang di beri adalah Sefl-directed Search (SDS) dan Inventori Nilai Pekerjaan Sidek (INPS).


JOB MALAYSIA ONLINE
Bagi memudahkan para pengujung yang masih lagi mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan dan kemahiran diri dengan hanya mendaftarkan diri di laman sesawang. Disamping itu juga para pengunjung dapat mengetahui lebih lanjut akan proses untuk mendapatkan pekerjaan. Peluang ini amatlah dinantikan oleh para lepasan institut pangajian tinggi.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "RINGKASAN PROGRAM UTAMA"

Post a Comment